TAJUK 2 : BETAPA JAUH DAN BESAR

Objektif pembelajaran bagi tajuk ini ialah :-


1. Murid-murid dapat menyatakan saiz relatif bagi 
    Matahari ,Bulan,dan Bumi.
2. Murid-murid dapat menyatakan jarak relatif 
    antara Matahari, Bulan, dan Bumi
3. Murid -murid dapat menyatakan mengapa 
    terdapat planet yang tidak sesuai untuk 
    hidupan. 
4. Murid -murid dapat membuat kesimpulan 
    bahawa Bumi adalah planet yang paling sesuai 
    untuk hidupan. 


Di dalam tajuk ini, adik-adik perlu tahu saiz perbandingan bagi Matahari,Bumi dan Bulan. 

Cuba lihat gambar di bawah




Saiz Matahari adalah 100 kali  lebih besar daripada saiz Bumi

Saiz Matahari adalah 400 kali lebih besar daripada saiz Bulan. 

Saiz Bumi adalah 4 kali lebih besar daripada saiz Bulan.


Bola keranjang, guli, dan biji sagu boleh digunakan untuk mewakili saiz Matahari, Bumi, dan Bulan secara relatif. 




Jarak di antara Bumi ke Matahari adalah 400 kali lebih panjang daripada jarak Bumi ke Bulan.

Bumi merupakan satu-satunya planet yang mempunyai hidupan di atasnya kerana:

a) Ia mempunyai bekalan air
b) Ia menerima cahaya dan haba
c) Ia mempunyai atmosfera yang mengandungi 
    udara bagi hidupan 
    untuk bernafas. 
d) Bumi juga tidak terlalu panas dan tidak terlalu 
     sejuk. 



0 comments:

Post a Comment