Di dalam topik ini, murid-murid akan mempelajari 3 tajuk utama iaitu:
Tajuk 1: Sistem Suria,
Tajuk 2: Betapa Jauh dan Besar,
Tajuk 3 : Mengenali Planet.
Seperti mana yang murid-murid tahu, kita boleh melihat Matahari pada waktu siang. Bulan dan bintang pula boleh dilihat pada waktu malam. Matahari, Bulan dan Bintang merupakan sebahagian daripada objek di langit. Planet juga ialah objek di langit. Bumi merupakan planet di mana tempat tinggal kita.