MARI MEMBINA MODEL PLANET-PLANET
Di dalam aktiviti ini, anda perlu menyediakan bahan-bahan yang berikut:
1. Plastisin warna-warni
2. Kad manila
3. Pita salofon
4.Gunting
5. Pencungkil gigi
6. Kertas A4
Langkah-langkah untuk membina model planet ialah :
- Lukis satu bulatan kecil di tengah-tengah kad manila untuk dijadikan pusat iaitu Matahari
- Lukis 8 bulatan pada sekeliling bulatan kecil tadi untuk dijadikan garisan peredaran planet-planet
- Ambil plastisin dan buat 8 bentuk seperti bola untuk mewakili planet-planet. Anda boleh menggunakan warna mengikut warna sebenar planet.
- Pastikan saiz planet adalah berbeza.
- Letakkan model-model planet yang telah siap pada kad manila mengikut susunan planet yang sebenar.
- Buat label nama-nama planet pada kertas A4 dan gunting.
- Letakkan label yang telah siap pada pencungkil gigi.
- Cucuk label-label itu pada planet-planet anda.
- Bandingkan model anda dengan rakan-rakan.
SELAMAT MENCUBA..:-)
0 comments:
Post a Comment