TAJUK 3 : MENGENALI PLANET

Objektif pembelajaran bagi tajuk ini ialah :-

1. Murid-murid dapat menyatakan planet-planet 
    yang terdapat di dalam Sistem Suria.
2. Murid-murid dapat menyenaraikan planet-
    planet mengikut susunan yang betul.
3. Murid-murid dapat menyatakan planet-planet 
    yang mengorbit Matahari.


 MENGENALI PLANET-PLANET

Kesemua planet dalam Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari. 

Planet-planet dalam Sistem Suria ialah:

1. Utarid ( Mercury)

Planet ini paling hampir dengan Matahari. Suhunya terlalu tinggi untuk menampung hidupan. 
2. Zuhrah( Venus)
Atmosferanya memerangkap  jumlah haba yang banyak daripada Matahari.Keadaan ini menjadikannya lebih panas daripada Utarid. 
3. Bumi ( Earth)

Planet ini mempunyai air, udara, dan suhu yang sesuai untuk menampung hidupan.

4. Marikh (Mars)

Hampir semua air yang terdapat di planet ini dalam keadaan beku. Saintis belum menemukan apa-apa hidupan di sini. 

5. Musytari ( Jupiter)
Saiznya sangat besar sehingga mampu memuatkan kesemua planet lain di dalamnya. 
6. Zuhal (Saturn)
Zuhal mempunyai tiga gelang yang lebar. Gelang ini boleh dilihat melalui teleskop. 
7. Uranus (Uranus)

Tidak seperti planet lain,Uranus sentiasa berada pada sisi yang sama semasa mengelilingi Matahari.
8. Neptun (Neptune)

Neptun diliputi cecair metana berwarna biru
9. Pluto (pluto)
Pluto ialah planet kerdil yang mengelilingi Matahari di atas satah yang berbeza dengan planet lain. 

Kesemua planet di atas beredar mengelilingi Matahari mengikut  orbit yang berbentuk elips. Planet-planet ini berputar pada paksinya sendiri. 




   


















0 comments:

Post a Comment